Thursday, January 26, 2006

Sumpit Mahal



Kisah nya berlaku pada aku dalam tahun 1995.Ketika tu aku dlm perjalanan turun dari Cameron highland. Masa kat cameron tu aku terfikir nak beli souvenir sumpit. Tapi mahal kat atas nu...RM 60 - 150.00. Masa perjalanan naik ari tu aku ada nampak org asli berniaga tepi jalan tu jual sumpit. Aku agak mesti murah punye.

Masa turun tu aku singgah kat salah satu gerai org asli ni yg ada jual sumpit dan buah tampoi. Masa aku berenti tu anak org asli - umurnya lebih krg 10 tahun tunggu gerai tu. Cakap pun tak berapa faham.

Maka aku tanye la sumpit pjgnya lbh krg 3 kaki harganya RM 18. macam biasa la...aku minta kurang.Budok tu kata buleh kurang maka aku minta kurang RM 3. Jadi aku nak bayor RM 15 je. Belari budok tu ke ayoh nya. (tak tahula ayoh ke datok dia. Tua dah cuma berseluar pendek dan berokok daun. Bekaki ayam. Siap bawak parang puting pulak tuh!). 'Hah! nak beli apa?' amboi garang nya pak cik ni....Aku cakap la nak beli sumpit dan nak mintak kurang dalam RM 3.

'Tak buleh!' jawabnya. Amboi dah la garang tak buleh kurang pulak tuh dalam hati aku.Tak apala....RM 18 bukannya mahal sgt nak compare ngan harga kat atas.
Sambil mengeluarkan dompet, aku tanya lagi ' dah tu berapala buleh kurang, pak cik?' tanya aku. Kot-kot dia bagi kurang seringgit dua.

'RM 12 buleh la'....terkejut aku.....cepat-cepat aku bayor dan naik kereta. Cerita ngan org umah aku yg pada mulanya gerun juga nengok ke gaye pak cik tu.Apa lagi ketawa sakan kami dlm. keta.


Mcm macam buleh jadi kalau dah salah faham ni. Mungkin pada awalnya pakcik tu ingat aku nak bayor tiga ringgit je. Memangla bera muka pak cik!

2 comments:

mr said...

erk...camtu lah pulak.....hehehehehe....

Amyrul Aizad said...

Lagi murah la jhaii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...