Friday, September 19, 2014

Lawak Pasar Malam

Dari tadi brader jual char kuey tiaw tak senang duduk, kejap berjalan, kejap cakap telefon...tiba-tiba dia muncul depan aku mengeluh...."Nasib baik aku jumpa.." kata dia. aku pun tanya "abang bz nampak, carik apa?"... aku duk carik barang-barang frozen kat kedai hujung sana tu...nasib baik murah..." jawab dia. Aku dengan member aku pun iyakan..."betul la tu..kedai frozen hujung tu mmg murah.." sambung aku, aku pun x tau pulak ada kedai jual barang-barang frozen situ...hihihihi..

"Bini aku ari tu siap nak beli pakai internet lagi barang-barang frozen tu, aku cakap x payah...mahal..." tambah brader tu. Aku kelip2 mata tengok member aku..."ada jual online yek barang frozen? diorang hantar camna?..." tanya aku nada hairan...setahu aku barang frozen tu boleh cair kalau pos...detik hati aku berkata.

Brader tu tengok aku..."Alahhh....hang takkan tak tau...barang frozen memang banyak jual kat internet...bini aku duk sibuk nak beli...kawan-kawan dia semua beli kat internet...tudung frozen, beg frozen, kasut frozen...anak-anak aku duk gila kartun tu laaaa...." kata dia.

Hahahahaha....barang kartun frozen rupanyaaaa....aku mati-mati ingat dia beli karipap frozen ker, roti canai frozen...brader tu blah aku bantai gelak dengan member aku...ihihihih...


2 comments:

Hanim said...

bongok gila laaaa

awdawd said...

infonya...
sangat menarik...
mantap...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...