Sunday, August 14, 2011

Kenderaan Untuk Suami


Tiga lelaki meninggal dan masuk syurga.

Syurga mempunyai peraturan bahawa setiap orang baik jahat maupun orang baik akan mendapat kenderaan yang sesuai dengan perbuatannya.

Lelaki pertama tiba dan malaikat bertanya, “Berapa tahun kamu menikah?”
Jawab lelaki pertama, “20 tahun.”
“Berapa kali kamu mengkhianati isterimu?”
Jawab lelaki pertama, “5 kali.”
“Baiklah,” jawab sang malaikat, “Kamu boleh masuk tapi hanya mendapat Kancil.”

Lelaki pertama pun berlalu dengan Kancilnya.

Berikutnya adalah lelaki kedua. “Berapa tahun kamu menikah?”
Jawab lelaki kedua, “30 tahun.”
“Berapa kali kamu mengkhianati isterimu?”
“2 kali.”

“Hebat… Kamu berhak mendapat BMW.”

Tibalah kini lelaki ketiga dan malaikat pun mengajukan pertanyaan yang sama yang dijawab si lelaki ketiga, “50 tahun.”
“Berapa kali kamu mengkhianati isterimu?”
“Tidak pernah.”
“Luar biasa! Ini kunci untuk Ferrari.”

Suatu hari, tatkala lelaki pertama dan kedua tadi tengah membawa
keretanya, mereka melihat lelaki ketiga duduk di tepi jalan sambil menangis.

Mereka menghampirinya dan bertanya “Kenapa kamu nangis? Tak puas dengan Ferrari?”

Jawab lelaki ketiga sambil mengusap air matanya, “Tadi aku berselisih dengan isteriku yang sedang naik sepeda…”

5 comments:

Pemuas Nafsu said...

mk datuk besarnye

nabella said...

hehehe. .
bpe byk kli larh bni dye crg?

nabella said...
This comment has been removed by the author.
Hanim said...

mak aih, cmni punya membukit

Amyrul Aizad said...

Hmm,tgk gmbr ke bace crite 😁

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...